Ahad, 10 Oktober 2010

Kenapa Perlu Join HPA

KENAPA ANDA PERLU PENDAPATAN KEDUA?

Mungkin ANDA seperti saya juga, pening kepala setiap bulan untuk membayar pelbagai bil. Kos sara hidup terus meningkat sedangkan pendapatan kita terhad. Bagaimana kita harus menghadapai cabaran ini?

BERJIMAT?

Kakitangan kerajaan dapat bonus, harga barang naik! Bila kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji, harga barang naik lagi! Bagaimana kita nak berjimat kalau harga barang terus meningkat?

JAWAPANNYA BUKAN BERJIMAT TETAPI MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN! BAGAIMANA?

Berikut adalah rumusan hasil dari penyelidikan yang dilakukan di USA.

  • 74% Jutawan datangnya daripada pemilik perniagaan.

  • 10% Jutawan datangnya daripada golongan senior eksekutif.

  • 10% Jutawan datangnya daripada golongan profesional (doktor, peguam, dan lain-lain)

  • 5% Jutawan datangnya daripada jurujual (berkomisyen) atau konsultan jualan

*Sumber: Brian Tracy International

KESIMPULANNYA, MAJORITI ORANG KAYA ADALAN PEMILIK PERNIAGAAN

KINI ANDA DALAM GOLOGAN YANG MANA?

Golongan makan gaji?

JIKA ANDA SEORANG KAKITANGAN KERAJAAN, GAJI ANDA MENJADI SEPARUH APABILA ANDA BERSARA.

Cuba fikirkan, apakah bila anda mula bersara, keperluan kewangan anda juga separuh dari biasa? Bil elektrik dan air tetap sama. Bagaimana pula dengan pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya?

JIKA ANDA SEORANG PEKERJA SWASTA, APA AKAN BERLAKU APABILA KONTRAK ANDA DITAMATKAN?

Terpaksa mula mencari kerja baru, betul tak? Kalau tempoh mencarinya lama, bagaimana? Terpaksa keluarkan simpanan untuk menyara keluarga sementara mendapat kerja baru kan? Tapi kalau simpanan pun tiada, bagaimana pula?

APA AKAN BERLAKU JIKA SUAMI HILANG PEKERJAAN DAN ISTERI ADALAH SURI RUMAH SEPENUH MASA?

Sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Ya berniaga.

TETAPI ANDA TIDAK AKAN MENJADI KAYA BESOK JIKA ANDA MEMULAKAN SATU PERNIAGAAN HARI INI.

Ia akan mengambil masa yang lama sejajar dengan usaha yang anda lakukan. Jadi, mulakan langkah pertama anda hari ini. Berniaga, satu pekerjaan yang tiada tarikh persaraan, boleh diwarisi sebagai asas untuk masa depan anak-anak kita.

10 SEBAB Kenapa ANDA Patut Berniaga

1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.

Sekiranya anda tidak tahan dimarahi majikan setiap hari, maka tidak ada sesiapa yang dapat menegah anda daripada berhenti bekerja untuk orang lain, dan mulakan bekerja untuk perusahaan anda sendiri.

3. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.

Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Anda bebas untuk memilih pukul berapa hendak mulakan bekerja dan pukul berapa hendak berhenti.

4. Bebas Menentukan Tempat Kerja.

Anda bebas menentukan di mana tempat yang selesa buat anda. Ada sesetengah orang mengusahakan perniagaan melalui internet dari rumah atau bilik tidurnya sahaja.

5. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.

Maksudnya anda boleh tetapkan matlamat berapakah pendapatan yang anda inginkan sesuai kehendak dan impian anda. Jika bekerja makan gaji dengan orang lain, bolehkah anda minta gaji RM2000 pada bulan ini dan RM5000 untuk bulan hadapan? Mungkin majikan akan kata, “boleh.. boleh blah..”

6. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.

Semakin anda tumpukan perhatian dan semakin gigih anda mengusahakan perusahaan anda itu, maka semakin tinggilah potensi pendapatan anda. Jika makan gaji, mungkin hanya dapat “overtime” dan “anugerah pekerja cemerlang”, tapi tidak boleh beli kereta idaman.

7. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.

Sebagai contoh, jika minat anda memancing, anda boleh membuka perniagaan menjual alat-alat memancing. Melalui internet pun boleh. Tidak perlu sewa kedai. Ataupun membuka tempat memancing udang secara berbayar mengikut jam. Rasanya ramai pelanggan yang akan masuk, yang terdiri daripada kaki pancing. Daripada bekerja sebagai pembantu kedai alatan memancing, lebih baik mengusahakannya sendiri.

8. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.

Sebenarnya makan gaji lebih berisiko daripada berniaga. Namun kadang-kadang kebenaran lebih pelik dari kebohongan. Dari perspektif pendapatan, apabila bekerja dengan orang lain, pendapatan setiap bulan boleh hilang dengan hanya sehelai kertas dari majikan iaitu notis pemberhentian kerja! Tambahan pula jika bekerja makan gaji, kita hanya ada satu sumber pendapatan, berbanding jika berniaga, kita boleh mempelbagaikan sumber pendapatan.

9. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Terdapat riwayat yang mendakwa bahawa Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.

Adalah sesuatu yang pelik, ramai orang mahu jadi kaya tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kekayaan. Percayalah, kekayaan itu lebih mudah jika berniaga.

"Your big opportunity may be right where you are now." -- Napoleon Hill

MENARA HPA INTERNATIONAL CENTRE

Imagen 1

MAJLIS PERASMIAN HPAic DAN HPA MALL DI SYEKSEN 13 SHAH ALAM PADA 02 OCT 2010